Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) mula ditawarkan pada sesi akademik 2003/2004. Ia berteraskan kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang automotif. Kejuruteraan automotif merupakan satu bidang yang berkembang pesat dan berdaya saing pada masa kini. Kursus ini diwujudkan untuk menghasilkan graduan yang mahir dalam bidang sains dan teknologi selaras kehendak serta aspirasi negara. Jurutera automotif memerlukan ilmu pengetahuan yang mantap dan aplikasi teknologi dari pelbagai aspek seperti rekabentuk, keselesaan penumpang, kekuatan kerangka, dinamik kenderaan, kecekapan pemanduan, prestasi enjin dan keselamatan kenderaan. Jurutera automotif juga bertanggungjawab dalam merekabentuk dan menganalisis sistem kenderaan dan sub-sistemnya serta komponen berkaitan bagi memenuhi keperluan-keperluan tersebut.
Kursus ini merangkumi subjek umum kejuruteraan mekanikal (Teras Program) dan juga pengkhususan berkaitan automotif (Teras kursus dan elektif). Kombinasi subjek umum dan khusus mampu melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan asas serta kemahiran yang membolehkan mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang mekanikal khususnya industri automotif. Pelajar akan didedahkan kepada prinsip-prinsip matematik, kejuruteraan, sains dan teknologi bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan automotif. Tambahan dari perkara itu, pelajar akan menggunakan perisian simulasi terkini seperti CATIA, Solidworks, MSc ADAMS, MSc Patran/Nastran dan Matlab. Perisian-perisian tersebut dapat membantu pelajar memantapkan kebolehan dan kreativiti dalam merekabentuk, merancang dan menganalisis komponen automotif.
Antara skop kerjaya graduan bidang Automotif adalah seperti berikut:-
a. Jurutera Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), jurutera rekabentuk, jurutera pengeluaran, jurutera kualiti dan juru runding bagi komponen-komponen automotif.
b. Jurutera penyelidikan dan pembangunan untuk kilang pengeluaran automotif dan vendor.
c. Reka bentuk dan inovasi elemen automotif seperti enjin, chasis fender, boot, dashboard, suspensi, brek dan analisis struktur serta sub-sistem kenderaan yang lain.
d. Susun atur peralatan industri dan aliran proses dalam industri mekanikal dan automotif.
e. Jurutera perunding bagi komponen automotif berkaitan pengesahan, kebolehharapan rekabentuk dan kualiti.
f. Pengurusan selenggaraan dan baik pulih kenderaan.
g. Rekabentuk sistem kendalian kenderaan serta sistem kuasa kenderaan
OBJEKTIF PROGRAM PENGKHUSUSAN AUTOMOTIF
Graduan daripada program ini diharapkan boleh:
a. Menggarap ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan aplikasi dan amalan dalam kejuruteraan mekanikal dengan pengkhususan dalam bidang kejuruteraan automotif.
b. Menghasil dan melaksanakan penyelesaian masalah yang kompleks dalam kejuruteraan mekanikal dengan kompeten dan kreatif.
c. Meningkatkan pembangunan profesional secara berterusan.
d. Melaksanakan tugas profesional secara beretika dan mempertahankan kelestarian.
e. Berkomunikasi secara berkesan dengan setiap lapisan masyarakat dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik serta berfikiran global.
f. Menyesuaikan diri dan berdaya saing dalam suasana kerja pelbagai budaya, sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.
| ||
bidang jurutera automotif kerja dia mcm mna ehh?
ReplyDeleteKemasukan utk semester ni masih dibuka @ boleh walk in seperti poli lain?
ReplyDeleteBoleh sata tahu nak refer siapa ye
Delete